Wednesday, June 10, 2009

Brita dri Kmntng...

Today I want to tell you guys something...There's a conflic now in Kmntng. 16 people have injured severely within this two days. It's freaking me out man..I've planned with my frenz to hang out but due to this incident I have to cancel our plan. Hey, we don't want to get kill. Well I hope the goverment will do something about this...




P/S: Below is the news article from Harian Metro Online...



Ejekan berdarah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Yahya Awangam@hmetro.com.my

TAIPING: Ejekan berdarah! Itu mungkin perkataan tepat menggambarkan punca berlakunya pergaduhan antara dua kumpulan lelaki termasuk beberapa remaja yang akhirnya menyebabkan 16 orang daripada mereka mengalami cedera di badan akibat dilibas parang dan senjata tajam.Dalam kejadian di sebuah kafe siber di Lorong Teratai, Kamunting Jaya, malam kelmarin, semua mereka dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) bagi mendapatkan rawatan dan sehingga semalam hanya lapan masih dirawat termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).Remaja berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai Abdullah mengalami cedera parah di kepala dan kedua-dua tangan dipercayai terkena libasan parang.Sehingga semalam, lapan daripada kumpulan ganas yang berusia antara 16 hingga 26 tahun itu masih dirawat di HT manakala yang lain sudah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata kejadian bermula pada jam 9.30 malam apabila dua kumpulan itu mula mengunjungi sebuah kafe siber di Lorong Teratai, Kamunting Jaya sebelum berlaku episod ejek mengejek antara mereka.
Beliau berkata, gara-gara tidak berpuas hati dengan ejekan itu, beberapa anggota geng remaja itu menampar beberapa anggota kumpulan yang lain menyebabkan suasana menjadi kecoh sehingga berlaku kejadian berbalas penampar.“Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan salah seorang geng remaja itu menghubungi anggota lain yang datang dengan bersenjatakan parang.“Remaja yang bersenjatakan parang itu bertindak ganas dengan mengamuk dan melibas parang serta senjata tajam kepada anggota kumpulan yang dipercayai menampar rakannya itu,” katanya, semalam.Katanya, sejurus menerima maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan bertindak segera mengawal pergaduhan dengan bantuan daripada polis Kuala Kangsar, Kerian, Selama, Ipoh dan daerah lain berhampiran.Raja Musa berkata, sehubungan itu, polis memberkas tiga lelaki berusia antara 21 hingga 26 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Malah, polis juga sudah mengenal pasti anggota dua kumpulan berkenaan yang disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan akan memberkas mereka dalam masa terdekat.Tinjauan Harian Metro di tempat kejadian semalam mendapati, terdapat beberapa kesan tompokan darah di hadapan kafe siber berkenaan.

suker?....
www.tips-fb.com

2 comments: